06 May 2011

❤❤ Berharganya Kalian...! ❤❤

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum wbt...

8 mei ni merupakan hari ibu. Adakah hari ibu ni pada 8 mei saja atau setiap hari merupakan hari ibu untuk kita dan ibu kita...??? Pada saya, hari-hari yang dilalui merupakan hari ibu... Tapi tak salah juga jika nak meraikan hari ibu ni selagi mana tak bertentangan dengan Islam... Betul tak..??? Pelbagai insiatif yang boleh kita ambil untuk meraikan hari ibu ni macam contoh membelikan hadiah yang sesuai @ yang dia nak, ataupun keluar makan... Bawa pergi jalan-jalan ke @ melancong mana-mana... Tidak semestinya tunggu hari ibu baru kita nak sambut @ meraikan ibu kita. Setiap anak ada cara masing-masing untuk meraikan ibu-ibu mereka, kan...??? Takpelah, walau apa pun caranya yang penting kita sentiasa ingat akan jasa  mak kita. Bukan mak sahaja yek tapi ayah kita pun kita kena hargai. Ada hari ayah juga kan...??? Tapi macam yang saya katakan tadi, pada saya hari-hari yang dilalui adalah hari ibu & hari ayah saya walaupun mungkin takda sambutan tapi hargai & kasih sayang yang mereka perlukan tambahan pula saya belajar di Kelantan, agak jauh dari Perak. Jadi Waktu cuti yang ada sekarang ini lah waktu yang memang saya tunggu & nantikan sebab nak bersama dengan family terutama mak abah saya. Yelah, abang saya 2 orang dah pun berumah tangga dan ada kehidupan masing-masing... Tinggal saya le masih lagi mencari... hihihi... 

Saya nak ingatkan diri saya dan sahabat semua, sebagai anak kita kena sentiasa menghargai mak ayah kita walau macamana pun mereka. Kena sentiasa mendoakan dan menjaga hati mereka kerana doa mak ayah kita mustajab dan kalau kita tak dapat keredhaan dari mereka, bererti kita tidak mendapat keredhaan ALLAH juga. Sebab apa...??? Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan Ibu Bapa kita. Jadi sentiasalah beringat ye.. Kalau adapun buat mereka tersinggung ke apa, cepat-cepatlah minta maaf... Dan sentiasa ingat kewajipan kita sebagai anak, apa yang patut kita laksanakan.. Kalau kita nak bahagia di dunia dan akhirat, kita kena bahagiakan mak ayah kita, insyaAllah kita pun akan bahagia... Jadi, sayangi mak ayah kita sepenuh hati kita melebihi sayang mereka kepada kita.. Hargai, Jaga & Kasihi mereka selagi masih ada hayat mereka.... InsyaAllah...~





** Ni Abah saya...! Hensem kan...??? Hehe... Walaupun bukan hari bapa lagi, tapi saya tetap letakkan juga sebab hari-hari merupakan hari ibu dan hari bapa untuk saya... hehehe... 



**Ni laa Mak saya... Cntik x...??? Saya macam dia laa... Hihihi~ 




** Mak, Abah...! Terima Kasih atas pengorbanan kalian selama ini dalam melahirkan, membesarkan dan menjaga Abg Long, Abg Ngah dan Dibah sampai sekarang... Pengorbanan Mak Abah kepada kami selama ini tiada nilai dan tak mampu kami nak balasnya... Jika bukan kerana didikan, jagaan yang mak dan abah berikan selama ini, kami tidak akan sampai ke tahap sekarang... Alhamdulillah...! Moga pengorbanan & jasa yang mak abah berikan pada kami selama ini akan dibalas oleh ALLAH swt... Terima Kasih Untuk Pengorbanan Kalian Selama Ini... Sayang MAK & ABAH.... Kami Sayang MAK ABAH... ❤  ~

Sekian....  Wallahu'alam... =D ~




Nasyid oleh Alarm Me - Ratu Hati Ku


** Lagu Ini Ditujukan Khas Untuk Mak Saya, Puan Hafipah Bt Meor Abdul Hamid, Kepada Mama Angkat Saya, Mama Zana Mohamed & Ummi Angkat Saya Iaitu Ummi Ina Sepang Dan Kepada Semua Ibu2 Dan Bakal Ibu Di Dunia Ini... Pengorbanan Kalian Tiada Nilainya Sebagai Seorang Wanita, Ibu, Isteri Kepada Kami... Kalianlah Contoh & Inspirasi Terbaik Kepada Kami Sebagai Anak... Didiklah Kami Sebaiknya Kerana Didikan Kalian Yang Mengajar Kami erti Kehidupan Yang Sebenar... Jasa & Pengorbanan Kalian Hanya ALLAH SWT Yang Bisa Membalasnya... InsyaALLAH...! Buat Mak, Terima KAsih Kerana Melahirkan, Menjaga, Membesar & Mendidik Kami Adik Beradik Dengan Sempurna Sehingga Kami Berjaya Seperti Sekarang. Kepada Mama & Ummi, Terima Kasih Juga Kerana Menerima Diri Ini sebagai Anak Kalian... Saya Sayang MAK, MAMA & UMMI... LoVe You All... Terima Kasih Di Atas Segalanya... ♥ ♥ ♥ ♥ =D ~





27 April 2011

Kenangan Bersamamu Sentiasa Di Ingatanku...~


Assalamu'alaikum Wbt...
Ya Allah! Bersawang sudah ini blog... Huhuhu... Maaf ye, sudah agak lama tak mengupdate blog ni disebabkan kesibukan yang melanda setelah saya mula melanjutkan pelajaran di Kelantan (ramai kata, kenapa jauh sangat..??? Perak pun kan ada Kolej Islam.. Hurm, tu rezeki namanya... kan...???) :-)...

 Bermula dari balik cuti  semester hjung bln 3 hari tu (sepatutnya cuti saya hanyalah 2 minggu sahaja tetapi disebabkan kursus intensif ditangguhkan, maka cuti saya menjadi 2 bulan lebih! Allahuakbar...! Allah sebaik2 perancang.. Ada hikmahnya saya cuti lama...) Lepastu jaga opah yang sakit di hospital, bergilir2 menjaganya, tidur di wad dengan mak.. Penat memang penat tapi penat tu ada ganjaran yang akan diberikan olehNYA... InsyaALLAH... Dalam masa yang sama, berulang alik dari umah, hospital n ofis ayah... Drive kereta, nak tekan minyak pn dah x berdaya... Huhu... Lepas sminggu Opah berada di wad biasa, tengok pada keadaanya yang agak teruk maka doktor pun bagitau nak pindahkan ke ICU... Tengok keadaan opah masa tu ibarat 'nyawa2 Ikan'... Istighfar2...! Huhu.. Bermula dari ICU, opah dah tak sedar, tak boleh dengar suara dia lagi untuk bersembang... Dialah satu2nya opah yang kami adik beradik ada & sangat rapat hingga kan pertama kali saya melihat abang sulung saya menangis melihatkan keadaan opah... Selalunya, Opah la tempat kami bergurau bila balik kampung, memang bising mulutnya membuatkan suasana bertambah riuh... Hehehe... Memang siapa2 yang kenal dia akan rapat hatta kawan2 abang sulung saya yang kenal opah tak percaya dengan pemergian opah kami.. Allahuakbar...!

Dan dengan izin ALLAH, pada 17/04/11 mak pula dimasukkan ke dalam wad di hospital yang sama akibat deman, asma & kurang rehat... Dan bila Xray diambil, doktor kata ada jankitan kuman di paru2... Allahuakbar...! Maha Hebat yang ALLAH bagi pada kami sekeluarga... Saat itu, airmata pun berjurai keluar setelah sekian lama dipendamkan... Saya dah tak berdaya lagi... Abang2 saya tak sedih depan saya kerana mereka tahu jika mereka sedih, saya akan jadi lagi tak kuat dan kami terutama saya tak boleh sedih depan mak... Seperti biasa, rutin harian saya pagi dari rumah ke hospital untuk datang melawat mak, teman dia dan membelikan makanan yang dipesan untuknya... Selepas itu, saya pergi ke ofis dan apabila petang sekitar pukul 5 lebih, saya kembali ke hospital semula untuk melawat opah di ICU, teman mak di wad dan pada pukul 7 baru saya balik ke ofis semula sebelum kemas2 balik rumah pada pukul 9 lebih.... ( Rasa dah sebati diri ini di hospital sampaikan doktor2 perubatan siswazah pun dah kenal saya... Huhu)  

Pada 19/04/11, dengan izin ALLAH mak pun boleh keluar dari wad tapi keadaannya masih lemah2, tak kuat lagi... Bila mak jadi macam tu rasa kurang ceria hari2 saya sebab mak jenis yang happy, 'gile2' macam kami 3 beradik... Huhuhu... Dan bila mak keluar wad, doktor masih tak izinkan mak untuk ziarah opah dalam ICU sebab keadaan mak yang baru nak pulih dan ICU yang macam2 jenis penyakit ada lebih kurang macam pesakit dari wad bawa ke ICU, dari ICU kepada pesakit sebab mak duduk di wad  penyakit berjangkit... wad yang sepatut mak duduk dah penuh.. Huhuhu... Tapi mak kata takpa, boleh sabar & nak cepat2 sihat supaya boleh ziarah opah sebab dah 3 hari mak tak tengok opah (sapa tahan kalau kita tak tengok sendiri keadaan mak kita yang sakit kan... huhuhu)...

Dan seperti yang telah Allah rancangkan, pada 20/04/11 jam 1.31, ALLAH telah menjemput opah kembali kepadaNYA (innalillahi wa inna ilaihi roji'un)... Saat itu, abang long dan abang aap (abang sedara) berada disitu... Kelam kabut telefon abah mintak datang hospital dengan cepat... Sebelum tu abah berada di rumah baru balik dari mengajar driving, dan tengah siap2 nak mandi n solat... Kebetulan, pada waktu yang sama mak pun nak mandi... Jadi dengan tenang abah mintak mak duduk dulu, dan abah pun bagitaw supaya mak bersabar & redha dengan pemergian opah... Mak yang baru nak sihat, jadi terkejut & lemah badan semula.... Huhuhu... Saya yang berada di ofis, tutup ofis dan balik rumah memandangkan jenazah opah akan diuruskan di surau rumah saya... Dari mandi, kafan & solat jenazah... Alhamdulillah, saya tak rasa terkilan dengan pemergiannya kerana dapat menjaga dia dari mula dia masuk hospital hingga akhirnya dia pergi kepada ALLAH dan dapat juga menolong makcik2 memandikan dan mengkafankan jenazah opah walaupun makcik2 yang buat lebihnya...

Selepas asar, van jenazah pun bersedia untuk membawa opah pulang ke Kuala Kangsar... Opah didalam van itu ditemani dengan abang long... Alhamdulillah...! Ramai saudara mara yang datang... Abang ngah dari Bangi pun turut balik malam tu juga dan sempat melihat jenazah opah semasa di rumah dan semasa di surau, saya, mak n abang long sempat mencium jenazahnya... Ya ALLAH! Bersih muka opah, senyum je jenazahnya... SubhanaALLAH....!

Usai solat isyak, jenazah opah pun selamat dikebumikan... Abang long cakap, "Memang senang kebumikan opah... selalunya malam gelap... siap la bwk lampu.. tapi sampai2 tengok cerah sangat tempatnya..." Ya ALLAH, Engkau permudahkan pemergian Opah kami, Dari saat dimandikan, kafan, solat & kebumi... Alhamdulillah...! Terima Kasih Atas Nikmat Ini Ya ALLAH...." (Agaknya, memang opah nak meninggal dekat dengan anaknya (mak) sebab masuk hospital  kuala dia xnak.. Bila ajak masuk hospital manjung, dia tak menolak..)

Kini, Semua tinggal kenangan... Gurau tawa kami bersamanya... Tiada lagi kedengaran 'bebelan mulut @ perang mulut' antara kami (baik anak menantu & cucu2) dengannya... Dan mak masih lagi teringat akan arwah opah walaupun dia redha dengan pemergian opah tapi biasala, mungkin ambik masa kan... Saya bawa2 mak ke ofis untuk melekakan dia.. Sebab di ofis, mak tak macam orang sakit... Tapi bila blik rumah, dia senyap je.. Muka pun sayu jek, adakala menangis... Hurm, Harapnya sebelum saya balik ke Kelantan awal bulan 6 nanti, mak sihat macam biasa... Nanti sapa nak jaga mak, nak kesana kemari... Huhuhu... Yang saya tak boleh lupa bila mak kata " Mak dah banyak menyusahkan kamu, kesana kemari semua kamu...".. "Ish mak ni, nak bandingkan dengan pengorbanan mak kepada kami adik beradik, lagi banyak & tak ternilai... Bila lagi dibah nak tolong macam ni, kalo balik kelantan tak boleh dah... Huhuhu"

** Ini lah serba sedikit luahan hati & cerita dari diri saya... Sebelum ni, saya banyak updated artikel yang berbentuk ilmiah je kan... Hehehe...  InsyaALLAH, kalau ada masa terluang, saya akan update blog ini... Selalu tak update sebab saya tak ada idea nak buat.. Takkan semua nak copy n paste aje... Jadi inilah serba sedikit dari hasil idea saya... Dan mohon do'a semua agar mak saya diberi kekuatan dengan ujian ini & sihat seperti sediakala... Cuti saya berbaki sebulan je lagi... Huhuhu...~

Dan last sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih sangat2 sebab bagi semangat pada saya terutama kepada group 3 serangkai saya, Nur Amani Jusoh, Nuraisyah Ab Manan.. Jasa & Pertolongan Kalian, ALLAH je boleh membalasnya... Dan special sikit untuk 'Orang Itu' sebab SMS saya dimalam Opah saya dikebumikan, bagi semangat pada saya, meluangkan masa untuk menelefon saya dari jauh dari sabah & buat saya ketawa dan dia sangat mengambil berat tentang saya (betul kan..??? ke saya je rasa mcmtu?? hihihi).. Terima Kasih sangat2... Saya Hargai semua itu... Special Sangat..! Hehehe~
P/S : Mohon juga ya teguran dari sahabat2 yang dah lama dalam dunia blog ini supaya saya tahu dimana kesalahan saya & insyaALLAH akan saya perbaiki nanti.. =)

 * AL FATIHAH Untuk Arwah Opah Tersayang --> Roba'ayah Othman... Semoga Dirimu Ditempatkan Bersama Orang2 Yang Beriman... InsyaALLAH.. Ameen...! =) ~






25 February 2011

Bagaimana Jika ALLAH Mencintai Kita...???~




Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.


Melalui jaringan sosial seperti Facebook, Blog dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:

"Saya sayang abang."

"Saya rindu ibu."

"Saya cinta kamu semua."

Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :

 "Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..

Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"

Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.

Apa kata Allah dalam hadis tersebut?

"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"

Maka Jibril pun membuat pengumuman :

"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."

Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.

Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.

Bayangkan jika kita semua disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.

Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?

Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?

** Sama-sama kita perbaiki diri kita, muhasabah kembali apa yang telah kita lakukan sama ada baik dan buruknya. Mari! Sama-sama kita mengejar cinta ALLAH & Kita mendekatkan lagi diri kita kepadaNYA kerana DIA takkan mensia-siakan hamba yang MencintaiNYA. InsyaALLAH...~

** Taqorrub Ila Allah....** =)



**~ Sumber :- Artikel iluvislam...~