06 May 2011

❤❤ Berharganya Kalian...! ❤❤

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum wbt...

8 mei ni merupakan hari ibu. Adakah hari ibu ni pada 8 mei saja atau setiap hari merupakan hari ibu untuk kita dan ibu kita...??? Pada saya, hari-hari yang dilalui merupakan hari ibu... Tapi tak salah juga jika nak meraikan hari ibu ni selagi mana tak bertentangan dengan Islam... Betul tak..??? Pelbagai insiatif yang boleh kita ambil untuk meraikan hari ibu ni macam contoh membelikan hadiah yang sesuai @ yang dia nak, ataupun keluar makan... Bawa pergi jalan-jalan ke @ melancong mana-mana... Tidak semestinya tunggu hari ibu baru kita nak sambut @ meraikan ibu kita. Setiap anak ada cara masing-masing untuk meraikan ibu-ibu mereka, kan...??? Takpelah, walau apa pun caranya yang penting kita sentiasa ingat akan jasa  mak kita. Bukan mak sahaja yek tapi ayah kita pun kita kena hargai. Ada hari ayah juga kan...??? Tapi macam yang saya katakan tadi, pada saya hari-hari yang dilalui adalah hari ibu & hari ayah saya walaupun mungkin takda sambutan tapi hargai & kasih sayang yang mereka perlukan tambahan pula saya belajar di Kelantan, agak jauh dari Perak. Jadi Waktu cuti yang ada sekarang ini lah waktu yang memang saya tunggu & nantikan sebab nak bersama dengan family terutama mak abah saya. Yelah, abang saya 2 orang dah pun berumah tangga dan ada kehidupan masing-masing... Tinggal saya le masih lagi mencari... hihihi... 

Saya nak ingatkan diri saya dan sahabat semua, sebagai anak kita kena sentiasa menghargai mak ayah kita walau macamana pun mereka. Kena sentiasa mendoakan dan menjaga hati mereka kerana doa mak ayah kita mustajab dan kalau kita tak dapat keredhaan dari mereka, bererti kita tidak mendapat keredhaan ALLAH juga. Sebab apa...??? Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan Ibu Bapa kita. Jadi sentiasalah beringat ye.. Kalau adapun buat mereka tersinggung ke apa, cepat-cepatlah minta maaf... Dan sentiasa ingat kewajipan kita sebagai anak, apa yang patut kita laksanakan.. Kalau kita nak bahagia di dunia dan akhirat, kita kena bahagiakan mak ayah kita, insyaAllah kita pun akan bahagia... Jadi, sayangi mak ayah kita sepenuh hati kita melebihi sayang mereka kepada kita.. Hargai, Jaga & Kasihi mereka selagi masih ada hayat mereka.... InsyaAllah...~





** Ni Abah saya...! Hensem kan...??? Hehe... Walaupun bukan hari bapa lagi, tapi saya tetap letakkan juga sebab hari-hari merupakan hari ibu dan hari bapa untuk saya... hehehe... 



**Ni laa Mak saya... Cntik x...??? Saya macam dia laa... Hihihi~ 




** Mak, Abah...! Terima Kasih atas pengorbanan kalian selama ini dalam melahirkan, membesarkan dan menjaga Abg Long, Abg Ngah dan Dibah sampai sekarang... Pengorbanan Mak Abah kepada kami selama ini tiada nilai dan tak mampu kami nak balasnya... Jika bukan kerana didikan, jagaan yang mak dan abah berikan selama ini, kami tidak akan sampai ke tahap sekarang... Alhamdulillah...! Moga pengorbanan & jasa yang mak abah berikan pada kami selama ini akan dibalas oleh ALLAH swt... Terima Kasih Untuk Pengorbanan Kalian Selama Ini... Sayang MAK & ABAH.... Kami Sayang MAK ABAH... ❤  ~

Sekian....  Wallahu'alam... =D ~




2 comments:

  1. wah....huhuhu
    dibah ikut muka sapa lak??

    ReplyDelete
  2. Kak Mia >> Erkkk...! dop thu laa ikt sape... agk2..??? hik3... combined je laa... hihihi~

    ReplyDelete