~" Berbuatlah Sesuatu Perkara Itu Dengan Penuh Fikir & Zikir Kerana Ia Akan Disertakan Dengan Kesabaran Andai Dilakukan Dengan Penuh Syukur....."~
>
02 May 2010
KUDAMBAKAN CINTAMU ILAHI RABBI………………… ~
Entah angin apa yang membuat hari ini membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Ku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa apatah meluahkan sesuatu yang kukhususkan hanyalah untukmu. Kehadiran seorang mujahid yang menuntut sesuatu yang ku jaga dengan begitu rapi dan teliti selama ini semata-mata buatmu seorang suami yang telah Allah janjikan buatku sejak azali. Itulah hatiku, itulah cintaku yang amat kuhargai kerana ia satu anugerah dari Ilahi untuk ku abdikan diri hanya padamu suatu hari nanti tetapi bukan untuk hari ini. CINTA ILAHI….. itulah cinta agung yang perlu ku dambakan sebelum layakku mendapat cintamu kerana siapalah diriku untuk menagih cinta seorang makhluk andainya cinta kudus KHULUQ belum kutemui…itulah prinsip hidupku yang ku pegang sehingga hari ini agar diri tidak tersasar dan lalai dari mengingati Ilahi walaupun aku tahu diriku adalah insane biasa yang mendambakan kasih seorang hamba yang halal bagiku sama-sama melayari bahtera bahagia, namun semua itu akan ku pendam buat sementara selagi masanya belum tiba kerana matlamat tetap tidak menghalalkan cara. Namun ku yakin dan percaya kelak akan tiba waktu itu untuk kita berdua kerana Allah lebih tahu segalanya apa yang akan berlaku kepada setiap hambaNya.
Sepanjang umurku ini, ku sedaya upaya menutup kamar hatiku daripada cinta kaum Adam yang tidak pernah ku undang kerana cintaku hanyalah milikmu seorang yang telah termaktub di Luh Mahfuz…ku cuba menghalang diriku daripada mengenali mana-mana muslimin apatah lagi memahami mereka kerana ku tahu diriku pembawa fitnah kepada mereka daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya. Dengan kudrat yang lemah ini ku cuba membatasi pergaulanku seminima mungkin walaupun atas tugas dakwah dan pelajaran kerana ku tahu diriku pasti dilaknat andainya ku cuba membuka ruang fitnah kepada mereka. Sungguh dahsyat menjadi seorang wanita apatah menjadi mujahidah muda yang perlu menjaga segala perkara keranalah merekalah bakal ibu yang akan melahirkan generasi ISLAMI penggerak jentera di muka bumi. Itulah yang paling kubimbang andainya ku di uji dengan ‘CINTA GILA’ yang hanyut dibuai mimpi indah sehingga terabai segala cita dan terlupa pada Sang Pencipta Cinta kerana ku amat mengetahui cinta murahan sebegitu akan memberi impak yang buruk kepada keturunan ku kelak. NAUZUBILLAH…. Dalam Al-Quran telah digariskan agar menjaga pandangan mata kerana disitulah bermulanya panah beracun Sang Iblis Durjana, mula-mula mata mahu memandang dan pasti hati berdebar-debar bersama desiran nafsu… selepas itu telinga mahu mendengar suara merdu mawar idaman, tidak cukup jika mulut tidak menegur dan bertanya khabar… maka bermulalah perjalanan cinta samada berlandaskan syariat mahupun tidak masing-masing boleh berfikir dengan waras kerana dikurniakan akal yang sihat. WANITA OH WANITA…. Ku selalu merasa bimbang andainya mataku mahu memandang atau dipandang kerana pesan Saidatina Aisyah “Perempuan yang baik adalah tidak memandang atau tidak dipandang”… ASTAGFIRULLAH adakah pandangan mataku , senyumanku, tutur bicaraku, akhlakku dan pakaianku membuatku muslimin terfitnah olehku…ampunkan dosaku dan peliharalah daku dari menjadi fitnah dan menebar fitnah ke serata jiwa mereka…… Ku tidak mahu dipandang cantik oleh kaum Adam kerana kumahu kelihatan cantik dimatamu seorang. Apa gunanya ku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan ku hanya boleh menjadi milikMu seorang. Ku tidak pernah merasa bangga menjadi rebutan ramai lelaki bahkan ku merasa amat terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah diriku seperti barangan yang boleh dimiliki sesuka hati….TIDAK MUNGKIN sama sekali kerana bagiku harga seorang wanita amatlah berharga dan dipenuhi dengan keindahan , seindah wardah As-Syauqah (mawar berduri) yang sentiasa dipagari syariat dan iman. Rasulullah pernah bersabda, “Wanita adalah aurat” segalanya akan kupelihara hanya untuk orang yang dijanjikan Allah untukku. Ku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang muslimin dalam perjuangan fi sabilillah lantaran mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan, lantas bagaimana akan ku menghadapi segala persoalan yang dikemukakan di hadapan ALLAH kelak? Apa sumbanganku terhadap umat dan kemana usiaku dihabiskan ? Sebagai seorang mujahidah ku perlu sentiasa sedar bahawa seluruh hidupku mestilah berkaitan dengan ISLAM dan setiap apa yang kufikirkan untujk hari ini dan masa depan mestilah ada hubungan dengan ISLAM kerana itulah cinta utama. Jika kudambakan seorang mujahid berdarah syahid ku juga mesti menjadi seorang mujahidah syahidah, andainya ku tidak ingin dirimu memandang dan dipandang oleh wanita lain, ku terlebih dahulu menundukkan pandanganku kerana itulah tuntutan syariat yang betul. Begitu juga jika sekiranya ku impikan seorang zaujun yang baik dan soleh ku terlebih dahulu perlu menjadi seorang wanita yang hasanah dan solehah. Bukankah Allah telah menjanjikan “At-toyyibiina littoyyibaat”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment