Hawa...
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu
Andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu
Hawa...
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu
Ingatlah Hawa janji Tuhan kita..wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri..
Hawa...
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya..
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan..
Oleh itu Hawa...
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu
Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu
Cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu..
Hawa...
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki..
No comments:
Post a Comment