08 May 2010

Salahkah Bercinta....???

Salam’alaik sahabat semua...



Sudah agak lama saya tidak mengepost sebarang entry “hati” sy.. Sekadar post entry untuk dijadikan renungan diri ini & untuk sahabat2..


Pada kali ini, sy ingin berkongsi tentang pertanyaan seorang sahabat kepada sy.. Sy berjumpa dengan beliau semasa kami sama2 ke Giant untuk membeli barang masing2.. Usai sahaja membeli brg keprluan kami, beliau mengajak sy ke Kedai Ana Muslim. (memandangkan sy sndiri yg drive kereta ) sambil berjalan2 di dlm kwsn kedai tersebut, sahabat sy bertanya kepada sy. “ DIbah, salah ke kalo bercinta?”. Sy agak terkedu dengan persoalan tersebut ( beliau memang pernah berkaple sblm ni). Sy bertanya kembali, Kenapa?. Beliau pun berterus terang kepada sy, “ Sy x tw la apa bestnya berkaple/bercinta ni. Memg sebelum ni sy berkaple tp bila ada yg kta xblh, indah lagi apabila bercinta dgn suami(selepas kahwin). Then, sy pun mintak clash dgn si dia. Alhamdulillah si dia menerima dengan baik & berkata ‘ada jodoh antara kita, Allah akan temukan semula.’ Alhamdulillah sekarang kami jarang cntct, tak mcm msa kaple dlu. Apa pndpt awk dibah?”


Setelah mendengar segala luhahannya, sy pun memberi jawapan sekadar yang sy tahu.. Saya katakan, “ Cinta yang dicari adalah baik, tetapi cinta yang didapati tanpa mencari adalah lebih baik. Bercinta memang tak salah, kerana ia adalah fitrah tabi’e yang Allah anugerahkan kepada setiap manusia. Perasaan ingin cinta dan dicintai adalah naluri setiap insan. Jiwa kita sebagai manusia memerlukan cinta ibarat jasad memerlukan makanan. Disebabkan cinta adalah fitrah, maka tidak salah untuk kita merasai dan menikmatinya. Jika cinta adalah salah, masakan Allah mengurniakan perasaan cinta kepada kita manusia? Allah swt Maha Mengetahui dengan sifat Rahman dan RahimNYA, dan disebalik rasa cinta yang dikurniakanNya pasti ada tujuan dan maksudnya.


Kemudian, saya teringat kembali buku yang sy pinjam dr abgngah sewaktu sy bermalam dirumahnya d bangi. Buku tersebut adalah TENTANG CINTA oleh PAHROL MOHD JUOI.. Maka saya simpulkan sedikit apa yang terkandung di dalam buku tersebut. Dimana di dalam buku tersebut terdapat tajuk tentang “ Salahkah bercinta”.


Menurut dalam buku tersebut, “ Allah tidak mengurniakan rasa cinta secara polos begitu shj kpd kita, DIA telah mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Tetapi peraturan inilah yang telah dilanggar oleh manusia sendiri, khusus para remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan sering kali berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlakunya ‘cinta terlarang’- yakni cinta yang menafikan prinsip dan melanggar peraturan dari Allah swt.

Ketika itu fitrah akan bertukar menjadi fitnah. Bila kehendaktabi’ie tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan Allah, maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Jadi janganlah kita hanya mengakui cinta itu dari Allah swt, tetapi akui jugalah adaNYA peraturan cinta yang juga datangnya dari Allah swt.. Yang baik itu dtgny dr Allah swt, dan yang kurg itu dtg dr kelemahan sy sndri sbg manusia... Wallahu’alam... :)

1 comment:

  1. sgt2 brmnfaat..
    bab2 cnta nih lg dekat ngn remaja skang.
    ingin dcintai dan mncintai..
    Kebahagiaan adalah anugerah Allah kpd hamba2Nya yg trpilih.Kbahagiaan bkn ciptaan mnusia. Mnusia hanya mrncang kbahagiaan. Allah yg akn menganugerahinya...mcm mne nk mdptkn anugerah kbahagiaan itu,kalo jln mncapai kebahagiaan itu x diredhai Allah. Kebahagiaan brumah tangga mestilah melalui proses yg betul.Cinta yang diredhai Allah adlah cnta slps kahwen.Mcm mne untuk mendapat keluarga yang bahagia, jika langkah mula sudah pun canggung..

    brikn cnta utk yg bnar2 pasti~~puitis lak..haisshh geli2..huhu

    ReplyDelete