Apakah Ciri-Ciri Wanita Syurga...??
Bertakwa.
Beriman kepada ALLAH, Malaikat-malaikatNYA, Kitab-kitabNYA, Rasul-rasulNYA, Hari Kiamat, dan Beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH, bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul-NYA, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji bagi yang mampu.
Ihsan iaitu beribadah kepada ALLAH seakan-akan melihat ALLAH, jika dia tidak dapat melihat ALLAH, dia mengetahui bahawa ALLAH melihat dirinya.
Ikhlas beribadah semata-mata kerana ALLAH, tawakal kepada ALLAH, mencintai ALLAH dan Rasul-NYA, takut terhadap azab ALLAH, mengharap rahmat ALLAH, bertaubat kepada-NYA dan bersabar atas segala takdir ALLAH serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya(wanita).
Gemar membaca Al Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati ALLAH ketika sendiri atau bersama rakan dan sentiasa berdoa kepada ALLAH (kerana doa adalah senjata seorang mukmin).
Menghidupkan/berpegang kepada ‘ammar ma’ruf nahi munkar pada keluarga dan masyarakat.
Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki .
Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, member kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu, dan menceritakan keburukan orang lain (ghibah).
Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
Berbakti kepada kedua-dua orang tua, taat kepada suami, menjadi ibu yang penyayang kepada anak-anak.
Menyambung silaturrahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.
No comments:
Post a Comment