24 May 2010

~Untukmu Hawa...~

Hawa...

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu

Andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu

Andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan Ad-din Allah..


Hawa...


Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu


Ingatlah Hawa janji Tuhan kita..wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.


Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,

maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri..


Hawa...


Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya


lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki


Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya..


Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya


Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan..


Oleh itu Hawa...


Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu


Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu


Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu


Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu


Cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu..


Hawa...


Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah


Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah


Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki..


15 May 2010

AWARD...!


Assalamu'alaikum..........
sudah lma x post sebarang entry (lma la sgt.. haha),
Alhamdulillah, sahabt ana iaitu Zinnirah Firuz Dalili telah berbesar hati utk m'hadiahkan ana AWARD (sgt terharu, br 2 bln jd bloggers), Syukran ya sahabt... Jasamu dikenang.. hehe.. Sape2 yg baik hati nk bg AWARD lg, amat dialu-alukan (apabila feel "keperasanan yg tinggi dh dtg".. haha)..

Ya Sahabati Zinnirah, Jazakillah khairan Jazak..!


08 May 2010

Salahkah Bercinta....???

Salam’alaik sahabat semua...



Sudah agak lama saya tidak mengepost sebarang entry “hati” sy.. Sekadar post entry untuk dijadikan renungan diri ini & untuk sahabat2..


Pada kali ini, sy ingin berkongsi tentang pertanyaan seorang sahabat kepada sy.. Sy berjumpa dengan beliau semasa kami sama2 ke Giant untuk membeli barang masing2.. Usai sahaja membeli brg keprluan kami, beliau mengajak sy ke Kedai Ana Muslim. (memandangkan sy sndiri yg drive kereta ) sambil berjalan2 di dlm kwsn kedai tersebut, sahabat sy bertanya kepada sy. “ DIbah, salah ke kalo bercinta?”. Sy agak terkedu dengan persoalan tersebut ( beliau memang pernah berkaple sblm ni). Sy bertanya kembali, Kenapa?. Beliau pun berterus terang kepada sy, “ Sy x tw la apa bestnya berkaple/bercinta ni. Memg sebelum ni sy berkaple tp bila ada yg kta xblh, indah lagi apabila bercinta dgn suami(selepas kahwin). Then, sy pun mintak clash dgn si dia. Alhamdulillah si dia menerima dengan baik & berkata ‘ada jodoh antara kita, Allah akan temukan semula.’ Alhamdulillah sekarang kami jarang cntct, tak mcm msa kaple dlu. Apa pndpt awk dibah?”


Setelah mendengar segala luhahannya, sy pun memberi jawapan sekadar yang sy tahu.. Saya katakan, “ Cinta yang dicari adalah baik, tetapi cinta yang didapati tanpa mencari adalah lebih baik. Bercinta memang tak salah, kerana ia adalah fitrah tabi’e yang Allah anugerahkan kepada setiap manusia. Perasaan ingin cinta dan dicintai adalah naluri setiap insan. Jiwa kita sebagai manusia memerlukan cinta ibarat jasad memerlukan makanan. Disebabkan cinta adalah fitrah, maka tidak salah untuk kita merasai dan menikmatinya. Jika cinta adalah salah, masakan Allah mengurniakan perasaan cinta kepada kita manusia? Allah swt Maha Mengetahui dengan sifat Rahman dan RahimNYA, dan disebalik rasa cinta yang dikurniakanNya pasti ada tujuan dan maksudnya.


Kemudian, saya teringat kembali buku yang sy pinjam dr abgngah sewaktu sy bermalam dirumahnya d bangi. Buku tersebut adalah TENTANG CINTA oleh PAHROL MOHD JUOI.. Maka saya simpulkan sedikit apa yang terkandung di dalam buku tersebut. Dimana di dalam buku tersebut terdapat tajuk tentang “ Salahkah bercinta”.


Menurut dalam buku tersebut, “ Allah tidak mengurniakan rasa cinta secara polos begitu shj kpd kita, DIA telah mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Tetapi peraturan inilah yang telah dilanggar oleh manusia sendiri, khusus para remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan sering kali berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlakunya ‘cinta terlarang’- yakni cinta yang menafikan prinsip dan melanggar peraturan dari Allah swt.

Ketika itu fitrah akan bertukar menjadi fitnah. Bila kehendaktabi’ie tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan Allah, maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Jadi janganlah kita hanya mengakui cinta itu dari Allah swt, tetapi akui jugalah adaNYA peraturan cinta yang juga datangnya dari Allah swt.. Yang baik itu dtgny dr Allah swt, dan yang kurg itu dtg dr kelemahan sy sndri sbg manusia... Wallahu’alam... :)

02 May 2010

KUDAMBAKAN CINTAMU ILAHI RABBI………………… ~




Entah angin apa yang membuat hari ini membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Ku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa apatah meluahkan sesuatu yang kukhususkan hanyalah untukmu. Kehadiran seorang mujahid yang menuntut sesuatu yang ku jaga dengan begitu rapi dan teliti selama ini semata-mata buatmu seorang suami yang telah Allah janjikan buatku sejak azali. Itulah hatiku, itulah cintaku yang amat kuhargai kerana ia satu anugerah dari Ilahi untuk ku abdikan diri hanya padamu suatu hari nanti tetapi bukan untuk hari ini. CINTA ILAHI….. itulah cinta agung yang perlu ku dambakan sebelum layakku mendapat cintamu kerana siapalah diriku untuk menagih cinta seorang makhluk andainya cinta kudus KHULUQ belum kutemui…itulah prinsip hidupku yang ku pegang sehingga hari ini agar diri tidak tersasar dan lalai dari mengingati Ilahi walaupun aku tahu diriku adalah insane biasa yang mendambakan kasih seorang hamba yang halal bagiku sama-sama melayari bahtera bahagia, namun semua itu akan ku pendam buat sementara selagi masanya belum tiba kerana matlamat tetap tidak menghalalkan cara. Namun ku yakin dan percaya kelak akan tiba waktu itu untuk kita berdua kerana Allah lebih tahu segalanya apa yang akan berlaku kepada setiap hambaNya.


Sepanjang umurku ini, ku sedaya upaya menutup kamar hatiku daripada cinta kaum Adam yang tidak pernah ku undang kerana cintaku hanyalah milikmu seorang yang telah termaktub di Luh Mahfuz…ku cuba menghalang diriku daripada mengenali mana-mana muslimin apatah lagi memahami mereka kerana ku tahu diriku pembawa fitnah kepada mereka daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya. Dengan kudrat yang lemah ini ku cuba membatasi pergaulanku seminima mungkin walaupun atas tugas dakwah dan pelajaran kerana ku tahu diriku pasti dilaknat andainya ku cuba membuka ruang fitnah kepada mereka. Sungguh dahsyat menjadi seorang wanita apatah menjadi mujahidah muda yang perlu menjaga segala perkara keranalah merekalah bakal ibu yang akan melahirkan generasi ISLAMI penggerak jentera di muka bumi. Itulah yang paling kubimbang andainya ku di uji dengan ‘CINTA GILA’ yang hanyut dibuai mimpi indah sehingga terabai segala cita dan terlupa pada Sang Pencipta Cinta kerana ku amat mengetahui cinta murahan sebegitu akan memberi impak yang buruk kepada keturunan ku kelak. NAUZUBILLAH…. Dalam Al-Quran telah digariskan agar menjaga pandangan mata kerana disitulah bermulanya panah beracun Sang Iblis Durjana, mula-mula mata mahu memandang dan pasti hati berdebar-debar bersama desiran nafsu… selepas itu telinga mahu mendengar suara merdu mawar idaman, tidak cukup jika mulut tidak menegur dan bertanya khabar… maka bermulalah perjalanan cinta samada berlandaskan syariat mahupun tidak masing-masing boleh berfikir dengan waras kerana dikurniakan akal yang sihat. WANITA OH WANITA…. Ku selalu merasa bimbang andainya mataku mahu memandang atau dipandang kerana pesan Saidatina Aisyah “Perempuan yang baik adalah tidak memandang atau tidak dipandang”… ASTAGFIRULLAH adakah pandangan mataku , senyumanku, tutur bicaraku, akhlakku dan pakaianku membuatku muslimin terfitnah olehku…ampunkan dosaku dan peliharalah daku dari menjadi fitnah dan menebar fitnah ke serata jiwa mereka…… Ku tidak mahu dipandang cantik oleh kaum Adam kerana kumahu kelihatan cantik dimatamu seorang. Apa gunanya ku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan ku hanya boleh menjadi milikMu seorang. Ku tidak pernah merasa bangga menjadi rebutan ramai lelaki bahkan ku merasa amat terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah diriku seperti barangan yang boleh dimiliki sesuka hati….TIDAK MUNGKIN sama sekali kerana bagiku harga seorang wanita amatlah berharga dan dipenuhi dengan keindahan , seindah wardah As-Syauqah (mawar berduri) yang sentiasa dipagari syariat dan iman. Rasulullah pernah bersabda, “Wanita adalah aurat” segalanya akan kupelihara hanya untuk orang yang dijanjikan Allah untukku. Ku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang muslimin dalam perjuangan fi sabilillah lantaran mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan, lantas bagaimana akan ku menghadapi segala persoalan yang dikemukakan di hadapan ALLAH kelak? Apa sumbanganku terhadap umat dan kemana usiaku dihabiskan ? Sebagai seorang mujahidah ku perlu sentiasa sedar bahawa seluruh hidupku mestilah berkaitan dengan ISLAM dan setiap apa yang kufikirkan untujk hari ini dan masa depan mestilah ada hubungan dengan ISLAM kerana itulah cinta utama. Jika kudambakan seorang mujahid berdarah syahid ku juga mesti menjadi seorang mujahidah syahidah, andainya ku tidak ingin dirimu memandang dan dipandang oleh wanita lain, ku terlebih dahulu menundukkan pandanganku kerana itulah tuntutan syariat yang betul. Begitu juga jika sekiranya ku impikan seorang zaujun yang baik dan soleh ku terlebih dahulu perlu menjadi seorang wanita yang hasanah dan solehah. Bukankah Allah telah menjanjikan “At-toyyibiina littoyyibaat”.

Ayuh, Sahabat...!!





Wahai sahabat

Bersabarlah dengan sabar yang indah

Tersenyumlah dengan senyuman yang mengembirakan

Dari hatimu dengan rahmatNya

Agar menuju ke hatiNYA dengan inayahNYA

Tegarlah dirimu membina tarbiyah dan ditarbiyah

Teruslah memburu iman

Menjejaki takwa

Perjuangan ini masih jauh perjalanannya

Memang getir

Tapi ini bukan lapis paling akhir

Andainya tersungkur

BANGKIT!!!

Kau MUJAHID/MUJAHIDAH MUDA!!!

Moga bertemu penawar hakiki yang mengocak jiwamu Teguhkan keyakinanmu kepadaNYA